Sebuah kisah percintaan... Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku di tepi tasik itu. Si isteri bertanyakan kepada si suami...
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!
Isteri: Abang tidak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan yang abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
Suami: Betul! Abang tidak tahu sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti!! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya! Kawan-kawan saya yang lain yang ada suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai... Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi abang tak boleh terangkan pun.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata;
"Baiklah, abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang, mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma di hospital.
Si suami amat bersedih dan lalu menulis sepucuk surat kepada isterinya yang amat disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Kandungan surat tersebut adalah:
"Sayang! Jika disebabkan suara, aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan, aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman, aku mencintaimu... sekarang bolehkan engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan setiap langkah, aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!! Aku masih mencintai mu dan akan mencintaimu selamanya dan cintaku padamu tidak memerlukan sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang... Namun begitu, ianya boleh dirasai dalam hati...
Sayang, aku cinta pada mu..."
Berkat Doa & Kuasa Tuhan Yang Esa serta Cinta Agung di antara mereka berdua... Si isteri sedar setelah 2 minggu di dalam koma...
Source: Unknown
AngkasaOne signing off...
No comments:
Post a Comment