Monday, October 30, 2006

How Safe Are The Safe Deposit Boxes?

Are the safe deposit boxes in banks safe enough?

Are the strong room in the banks strong enough?

Over the Deepavali & Raya holidays, the strong room of a bank was broken into and it took more than 12 hours before the alarm kicked in. 92 safe deposit boxes were compromised. Depositors get a mere RM10,000 for the loss of goods.

This is not the first time where a bank's strong room has been compromised. It happend before 11 years ago... What attracted me was a comment by one of the depositors, "Kalau bank pun sudah tak selamat, mana lagi saya mau simpan?" hahahaha!!!

So can the banks and its security system be trusted? Thinking about it, the incident recently, there's much room for improvement. For one, the bank tak de CCTV at the upper floors, the alarm didnt function, the CMS didnt work.

I would like to suggest that Police District Headquarters offer safe deposit box services. In theory, if the strong room is in the Police Station, it should be safe. There are Police Officer armed with either a 9mm side arm or a styer or a M16 at the station at all times. The Police Station is also open 24hrs a day, 7 Days a week and also opens during festivities. It would then be fairly difficult for the socalled "Tunnel Rat Gang" to bust into a police station (unless its an inside job la). Kalau inside job and the strong room in an IPD is compromised, then there is something very serious that's going on in the police force and you can always ask the government to establish a Royal Commission :) hehehe. Lagipun, Customers can have access to their belongings 24 hours a day, as opposed to banking hours only. It would also be added income to the Government.

How many of us are willing to use the safe deposit boxes if the service is provided by the Police? Well, its something to think about....


AngkasaOne signing off...

Friday, October 27, 2006

Hari Raya Greetings

Over the past few days of Hari Raya, I have been exchanging Raya greetings via sms, and I'm sure most of you do it as well.... What happened to the traditional Hari Raya Cards by post?? Hmm.... well, I do still send them to a few people.... but majoritily, Greetings are by SMS :)

Here are some of the interesting ones:

Salam aidilfitri pengganti diri,
Buat teman yg selalu di hati,
Kenangan lama bersemadi disanubari,
Setiap kali ku terdengar takbir berbunyi.
SMS di hantar pengganti diri,
Maaf zahir batin ku pohoni,
Semoga persahabatan kekal abadi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

1 2 3 empat,
Kire duit raya berape dapat,
Nak hantar kad raye dah tak dapat,
Hantar SMS lagi cepat,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Anak pak syukor menjual pelita,
Pelita dijual berguni-guni,
Salam dihulur maaf dipinta,
Semoga ceria di aldilfitri ini.

Hantu raya pakai kebaya,
Mandi di paya tak pakai coli,
Kalau puasa Selamat Hari Raya,
Kalau tak puasa Happy Deepavali.

Kura-kura berjalan lambat,
Anak kera melompat-lompat,
Kad Raya nak hantar takut lambat,
Cara SMS pun dah kira selamat.

Buaya bukan sebarang buaya,
Buaya dibela didalam paya,
Salam ceria di hari raya,
SMS lagi murah dari kat raya.

Di aidilfitri yang mulia,
Maaf dipinta andainya,
TERkasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yang tak kena...
TERtanya tak tentu hala...
TERsasul yang tak sengaja...
TERpukul kat mana-mana...
TERpekik di telinga...
TERhantuk di kepala...
TERpinjam harta benda...
TERmoody tak semena-mena...
TERumpat bila-bila...
TERusik yang sengaja dan
macam-macam lagi yang adaaa...
Selamat Hari Raya!!!

Ku pegang kau punya, kau pegang ku punya,
Ku ramas kau punya, kau ramas ku punya,
Kemudian kita goyang bersama-sama,
Itulah tandanya kita bersalam kemaafan.




AngkasaOne signing off...

Monday, October 23, 2006


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

To All Muslim Friends

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Semoga Anda Selamat Tiba
Ucapan Selamat Hari Raya, Dari AngkasaOne Untuk Semua



AngkasaOne signing off...

My Darling H and family will be coming back today!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! She will be arriving at KLIA this evening and will proceed to her Hometown for Aidilfitri. Hope that everything is well with them. Was watching the live broadcast of the Tarawih Prayers for the past few days... looks like it was jammed pack with people...
Cant wait for her to get back... Havent been communicating with her for 2 weeks now :( I miss her... I miss her voice... Even though I'll only see her the coming weekend... But I'll settle with her being back here after a month overseas and getting to hear her voice again :D



AngkasaOne signing off...

Greatest Destinations On Earth





AngkasaOne signing off...

Saturday, October 21, 2006

Sebuah Kisah Cinta...

Sebuah kisah percintaan... Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku di tepi tasik itu. Si isteri bertanyakan kepada si suami...

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri: Abang tidak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan yang abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami: Betul! Abang tidak tahu sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti!! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya! Kawan-kawan saya yang lain yang ada suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai... Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi abang tak boleh terangkan pun.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata;
"Baiklah, abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang, mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma di hospital.

Si suami amat bersedih dan lalu menulis sepucuk surat kepada isterinya yang amat disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Kandungan surat tersebut adalah:

"Sayang! Jika disebabkan suara, aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan, aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman, aku mencintaimu... sekarang bolehkan engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan setiap langkah, aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!! Aku masih mencintai mu dan akan mencintaimu selamanya dan cintaku padamu tidak memerlukan sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang... Namun begitu, ianya boleh dirasai dalam hati...

Sayang, aku cinta pada mu..."

Berkat Doa & Kuasa Tuhan Yang Esa serta Cinta Agung di antara mereka berdua... Si isteri sedar setelah 2 minggu di dalam koma...

Source: Unknown



AngkasaOne signing off...

Lailatul Qadar


Surah Al-Qadr

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun mailaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) hingga terbit fajar.

Verily! We have sent it (this Al-Quran) down in the night of Al-Qadr (Decree). And what will make you know what the night of Decree is? The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months. Therein descend the angels and Jibril by Allah's permission with all Decrees. Peace (All that night, there is peace and goodness from Allah to His believing slaves) until the appreance of dawn.




AngkasaOne signing off...