Friday, September 29, 2006

24 Days untils H returns for Hari Raya... 30 Days until I meet H again... Can't wait!!!

KepadaMu Ya Allah... Hamba Mu ini memohon kepadaMu agar Kau lindungilah semua umat Mu yang berada di Tanah Suci Mu itu daripada sebarang malapetaka dan perkara-perkara yang tidak baik. Kau lindungilah H dan keluarganya, dan terimalah doa dan amal ibadah mereka. Amin, Ya Rabbal Alamin...




AngkasaOne signing off...

Tak Nak!!!


This Ramadan also brings me a new tekad in life... I want to be part of the "Tak Nak!!!" Campaign :)

I've been trying to quit smoking over the past 2 Ramadans... suceeded at first.... but... it couldn't last... I started smoking again... slowly :)

This time round.... I'm getting some extra help and motivation... from a particular someone, H (Who's H? My Dearly Beloved, of course). Assessing the scenarios over the past 2 Ramadans when I started the Tak Nak Campaign (which sadly...I failed), I think it was more of lack of self motivation. I am currently driven to stop smoking... and I am sure that I will get the motivation from My Dearly Beloved :) kan sayang kan??? I've even requested her to Doa during her visit to Mekah for me to stop smoking and that I stay smoke free!!! InsyaAllah.

I read somewhere that it takes 21 Days to form a habit... Hope it takes 21 Days to get rid of a habit as well... hehehehe

On another note, I think its a blessing in disguise that H, isn't in the country and uncontactable during this period of Nicotine Withdrawal Syndrome... Kalau tak... sure stress punya :p It is stated that the Nicotine Withdrawal Syndrome will go away between 3 to 14 days.... I hope it doesn't stretch more than 30 days.... ;)

I came across a Booklet on Quit Smoking by Kementerian Kesihatan Malaysia.

Faedah yang diperolehi:
  • Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh dua hari hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.
  • Selepas 6 jam, nadi akan menjadi perlahan ke paras yang lebih normal, dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.
  • Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu suatu gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel tubuh. Paru-paru anda akan dapat berfungsi dengan baik.
  • Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan lebih dibandingkan dengan dahulu. Deria menghidu akan pulik seperti sediakala. Gigi, rambut, jejari, pakaian dan nafas anda akan menjadi lebih bersih.
  • Selepas beberapa minggu, Silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki menjadi lebih efisyen.

Withdrawal Syndrome:

  • Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan akan kembali berfungsi seperti sediakala.
  • Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula mengadaptasi dengan paras oksigen yang lebih dibandingkan masa lalu.
  • Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
  • Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.
  • Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi, tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja.
  • Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah.

Katakan TAK NAK!!! Setiap Sedutan Membawa Padah

Well... its been what? A few days now... and things are going fine for me... smoke free :)

but... I miss H sooooo much.........



AngkasaOne signing off...

Thursday, September 28, 2006

INFO ~ CANCER SERIES #1: What Is Cancer?

INFO ~ CANCER SERIES #1: What Is Cancer?

Cancer is actually an umbrella name given to a group of about 210 diseases. Of these, only a few predominate in each country. In Malayia, cancer is the second leading cause of deaths. It is estimated that 40,000 cases are diagnosed yearly. Cancer can attack any organ of the body. The major cancer affecting males are cancer of the lung, nasopharynx, colon, leukaemia, rectum and prostate; while amongst females, cancer of the breast, cervix, colon, ovary, leukaemia and long are the most prevalent.
There are basically 3 types of cancer:
  • Carnicomas: These usually occur in rapidly dividing tissues such as cells that cover and line our bodies, including the skin, colon, breast, liver and breathing passages. These are the most common forms of cancer.
  • Sarcomas: This type of cancer generally occurs in more slowly dividing tissues such as the muscle and nerve tissues.
  • Leukaemia: These are cancers of the tissue that form the blood cells.

Cancer cells are abnormal cells. They keep dividing and forming more cells without control or order. A mass of extra tissue, called a growth or tumour, is formed. It can be either benign or malignant.

Benign tumours are not cancerous as they can be removed. In most cases, they do not reoccur. Benign tumours do not spread to other parts of the body and are rarely a threat to life.

Malignant tumours, on the other hand, are cancerous. It can spread to invade and damage nearby tissues and organs. Cancer cells can alo break away from the malignant tumour and enter the blookdstream or lymphatic system. This is how cancer spreads from the original or primary tumour to form new tumours in other parts of the body. The spread of cancer is called metastasis.

+++++++++++++++

This Community Service Message Is Brought To You By AngkasaOne.



AngkasaOne signing off...

Tuesday, September 26, 2006

Monday, September 25, 2006

A Different Ramadan

"Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (Tarawih) bersama imam sehingga selesai, maka Allah menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam"
- Riwayat Al-Nasa'l

Every year, I look forward to Ramadan... lots of things happen in this Holy Month every year. One thing that i enjoy most in Ramadan is the visit to Pasar Ramadan. Lots of kuih-muih to saviour.... which ironically, I can only find at the Pasar in this particular month... bulan-bulan lain, macam susah je nak cari kuih-kuih ni.

Its also a ritual for me to Buka Puasa with a group of friends, which i seldom meet throughout the year. But we make it a point to meet up for buka puasa every Ramadan.

Its the only month to perform Solat Tarawih. I usually perform Tarawih prayers (whenever i can), at a surau nearby my home. There's always an increase in ibadah this time of year.... must find a way to continue the ibadah throughout the year.

I also use this time for reflection... a reflection of my life over the past year... and to start planning and executing for the next year.

+++++++++++++++

Blogging again??? Yup.... I started blogging again... after a long...long.... long rest :p
This particular someone requested me to update my blog.... and I think now is the appropriate time to start blogging again... when my heart is full of love and affection.... ;)

+++++++++++++++

This year's Ramadan is slightly different from other Ramadans...

It has been an emotional rollercoaster for me over the past few months... I met a girl :) This came unexpectedly... Earlier in the year, if someone came to me and said that i'll be spending time her... i'd say... not a chance.

I have been avoiding getting into relationships over the past few years because of the fear of being emotionally vunerable and getting hurt.

On the contrary, its different with her. Being vunerable and emotionally attached with her.... is unavoidable:) We've spent a lot of time with each other since a few months back... I love spending time with her... we could talk for hours about anything under the sky....
I've open my heart for her... I've shared my fears, my dreams, my hopes, and I have recently confessed my deepest inner feelings and attractions to her...

I was hoping that I would be able to celebrate Ramadan with her in KL... However, God had different plans for us... She's away for a month with her family. Its not easy to manage being apart from each other at this infant stage of our relationship... It has been an emotional rollercoaster for me since I knew that she was going for the trip. Being apart from each other is one thing.... not being able to talk to each other for a whole month is another... We've been talking to each other over the phone every single day for the past few months.... It's gonna be hard... really hard... but its something that we have to learn and manage.... Looking at it... It is a test of our relationship.

I miss you very much sayang. I look forward for you to come back :)
She's coming back a day before Raya... but I'll only be seeing her, a week after that...

I pray to God that our love for each other grows more and more everyday... InsyaAllah.

2 Ramadan 1427H


AngkasaOne signing off...

Sunday, September 24, 2006

Penghayatan Ramadan

Samada kita sedar ataupun tidak, setiap detik dan saat akan tetap berlalu meninggalkan kita. Setiap detik dan ketika akan menjadikan kita semakin tua di mana hari ini lebih tua dari semalam dan keadaan ini akan berterusan tanpa mempersoalkan samada kita bersedia ataupun tidak. Begitu juga dengan perjalanan masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan dari Allah S.W.T. bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan dirindui oleh setiap individu Muslim kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai keistimewaannya dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.

Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dan sama-sama bertekad menghayati-nya dengan penuh keinsafan dan kesungguhan.

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita juga perlu membuat persediaan dan persiapan samada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati segala kelebihan dan keistimewaannya. sebagai seorang Islam kita sawajarnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistimewaannya yang terdapat di dalam bulan tersebut yang terdiri daripada tawaran pahala yang berlipat kali ganda serta anugerah Lailatul Qadar dan keampunan dari segala dosa dan kesalahan.

Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis Riwayat Ahmad)

Begitu juga kedatangan bulan Ramadhan amat digeruni dan ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya menghasut serta menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. menjelaskan dalam hadis baginda:
"Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai". (Hadis Riwayat Ahmad)

Ramadhan adalah bulan yang sungguh luar biasa keistimewaannya berbanding dengan sebelas bulan yang lain. Apa tidaknya, sesungguhnya segala dosa yang dilakukan akan mendapat keampunan dari Allah bagi hamba-Nya yang melakukan ibadah pada bulan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas serta dengan penuh pengharapan.

Tunggak ibadah pada bulan Ramadhan ialah ibadah puasa iaitu menahan diri bukan sahaja daripada makan dan minum bahkan dari segala perkara-perkara maksiat dan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat. Apabila seseorang itu telah berjaya menahan dirinya daripada perkara-perkara yang dinyatakan, maka layaklah ia mendapat pahala daripada Allah dengan izin dan kemurahannya.

Dalam konteks ibadah puasa, kejayaan menempuh ujian adalah disertai dengan sifat sabar. Sifat sabar merupakan perkara asas dalam kehidupan kita seharian terutamanya sabar dalam mengahadapi segala macam ujian hidup. Sifat sabar ini dapat dan mampu menjadikan kita seorang Muslim yang tabah dan mempunyai jati diri dalam mengahadapi ujian dan ranjau kehidupan.

Sifat sabar perlu wujud dalam diri kita untuk menyempurnakan ibadah puasa kepada Allah dengan sebaik yang mungkin. Kita hendaklah laksanakan ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dengan meninggalkan semua perkara yang boleh merosakkan pahala puasa kita. Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan serta boleh mengurangkan pahala puasa. Jangan jadikan puasa kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja.

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan ibadah puasa dan keistimewaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu hedaklah kita merebut peluang yang sangat berharga ini dengan beribadah yang disertai dengan rasa kesyukuran dan kegembiraan, ikhlas dan yakin terhadap kurniaan Allah yang tidak ternilai banyaknya. Sesungguhnya keistimewaan dan kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadhan tidak akan kita nikmati jika sekiranya tidak dilakukan ibadah puasa dengan sempurna dan ikhlas. Di samping itu kita juga dituntut melakukan amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus, berzakat dan sebagainya. Dalam masa yang sama hedaklah dielakkan daripada membuat persediaan untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya secara berlebihan.

Bersama dengan kedatangan bulan Ramadhan marilah kita mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya.
  • Mengerjakan sembahyang fardhu dan bertarawih secara berjamaah di masjid atau di surau.
  • Bersedekah dan mengadakan jamuan berbuka puasa khususnya kepada sahabat, jiran tetangga dan fakir miskin.
  • Beriktikaf di dalam masjid dan bertadarus.
  • Mengelakkan diri dari berbual-bual kosong dengan mengisi masa dengan kerja-kerja berfaedah seperti mendalami pengetahuan mengenai fardhu ain dan fardhu kifayah.
  • Sentiasa menjaga tutur kata, tidak hasad dengki dan gerak geri supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
  • Tidak membiarkan diri kita berlarutan dalam perkara-perkara yang sia-sia termasuklah tingkah laku dan perbuatan yang tidak berfaedah.
  • Hati kita hendaklah sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.
Di samping kita mengerjakan ibadah puasa dengan cara yang paling sempurna dan mengisi masa sebulan Ramadhan dengan amalan tersebut, kita juga hedaklah berazam untuk meneruskannya pada bulan-bulan yang berikutnya sehinggalah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun yang akan datang, INSYAALLAH.


Source: Adapted from JAKIM


AngkasaOne signing off...

Ramadan Al~Mubarak

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak
Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" - Al Baqarah: Ayat 183


Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Bersabda: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersunguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. - Sahih Muslim

1 Ramadan 1427H

AngkasaOne signing off...